Testimoni

GEL GAMAT MERAWAT LUKA TANGAN SAYA DAN MENGHILANGKAN KESAN LECUR


"Saya pernah mengalami kelecuran pada tangan akibat terkena minyak panas. Kebetulan ketika itu saya memang ada membeli produk-produk Eternity yang lain dan saya pun mencuba produk Gel Gamat ke atas kesan melecur pada tangan saya. Dalam masa beberapa hari sahaja Gel Gamat dapat mempercepatkan proses penyembuhan kulit tangan saya. Selepas itu saya kerap menggunakan produk-produk Eternity kerana yakin dengan kebaikan dan khasiat yang terdapat di dalamnya."
Puan Esah, Kelantan


KINI SAYA TIDAK MERASA LETIH LAGI SETELAH MENGAMALKAN PATI GAMAT


"Saya sering keletihan dan rasa mengantuk bila mula bekerja kerana terpaksa memandu kereta dalam jangkamasa yang panjang ke tempat bekerja. Disebabkan keadaan itu, saya mula berasa letih dan kawan saya memperkenalkan produk Eternity Pati Gamat dengan Oligo Fruktosa kepada saya. Beliau telah lama mengamalkan Pati Gamat dan merasa badannya sentiasa segar dan bertenaga. Mulanya saya kurang yakin dan mula mencuba satu botol. Ternyata selepas beberapa hari mengamalkan minum Pati Gamat sebelum makan, saya merasakan badan saya semakin segar dan kurang mengantuk apabila bekerja. Bahkan, jika saya terasa letih, saya akan meminum Pati Gamat dan dalam masa beberapa minit sahaja badan saya terasa segar semula. Terima kasih, Eternity".
Encik Haziq - 34 tahun, Cheras

KINI SAYA LEBIH BERKEYAKINAN SETELAH MENGGUNAKAN ETERNITY


"Saya sudah berumahtangga dan mempunyai empat anak yang sudah dewasa tetapi penampilan diri saya yang kurang menarik menyebabkan suami saya dingin dengan saya. Ini menyebabkan saya mula merasa rendah diri dan hilang keyakinan diri. Setelah saya diperkenalkan dengan produk Siri Anti Penuaan dan Krim Penganjalan Payudara, saya merasakan ada perubahan ketara pada diri saya dan wajah saya. Suami kini sering memuji perubahan ketara pada penampilan diri saya. Selepas itu, saya sering menggunakan produk-produk tersebut kerana yakin produk Eternity dapat memberikan saya keyakinan dan penampilan diri yang sempurna walaupun sudah berumur dan berumahtangga."
Puan Salmah (bukan nama sebenar) - 45 tahun, Selangor

JERAWAT DI MUKA SAYA PULIH DENGAN GEL GAMAT
"Saya sudah puas mencuba bermacam-macam kaedah rawatan dan ubat untuk menghilangkan jerawat saya tapi semuanya menemui jalan buntu. Sampaikan saya pernah serik dan berputus asa untuk merawat jerawat muka saya sehinggalah saya menghadiri demo sesi rawatan jerawat kelolaan Al Wahida. Selepas menawarkan diri menjalani sesi tersebut, saya diperkenalkan dengan produk Krim Gamat untuk rawatan susulan. Ternyata selepas beberapa hari kemudian, jerawat saya beransur hilang setelah menggunakan Krim Gamat. Saya telah memperkenalkan produk tersebut kepada rakan-rakan yang lain ternyata mereka pun bersependapat dengan saya."
Amy - 26 tahun, Klang